Anugerah Persuratan

Anugerah Persuratan merupakan usaha berterusan Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) dalam mengiktiraf para penulis yang bergiat dalam seni persuratan. Majlis Bahasa Melayu Singapura telah menganjurkan acara dwitahunan ini sejak tahun 1993.

English

Objektif Anugerah Persuratan

Anugerah Persuratan dilaksanakan dengan objektif berikut:

  1. memberikan pengiktirafan kepada para penulis yang telah menghasilkan karya yang bermutu dan bernilai;
  2. meningkatkan dan memupuk perkembangan penulisan dalam kalangan penulis berbahasa Melayu; dan
  3. menggalakkan penerbitan karya yang bermutu ; dan
  4. Memasyarakatkan bidang persuratan.

Anugerah YANG diberikan UNTUK ANUGERAH PERSURATAN

Anugerah Tun Seri Lanang

Anugerah Tun Seri Lanang diperuntukkan kepada seorang tokoh persuratan yang memiliki nilai unggul sebagai:
  1. Tokoh seni yang ulung di mata masyarakat berbilang bangsa dan budaya Singapura;
  2. Tokoh antarabangsa melalui pengiktirafan karya besar mereka;
  3. Pejuang seni dalam erti kata menggunakan sebahagian besar usia dan kehidupan mereka untuk menyubur dan menyemarakkan bidang yang dihayati; atau
  4. Penyumbang dan pemaju pemikiran masyarakat dalam konteks pembangunan melalui karya mereka (dalam bentuk kreatif atau nonkreatif); dan
  5. Tokoh teladan yang menimba ilmu sepanjang hayat yang terus berusaha meningkatkan ilmu dalam bidang persuratan.

Geran sejumlah $5,000 diberikan kepada sesiapa yang bertauliah dan ingin mengkaji ketokohan, keiltizaman, sumbangan, pemikiran, dan alam penulisan tokoh yang terpilih.

Anumerta Tun Seri Lanang

Anumerta Tun Seri Lanang diberikan kepada tokoh persuratan yang telah meninggal dunia. Kriteria pemilihan tokoh sama seperti Anugerah Tun Seri Lanang. 
Hadiah akan diberikan kepada keluarga tokoh dan $5,000 lagi dalam bentuk geran kepada sesiapa sahaja yang bertauliah dan ingin menulis mengenai ketokohan, pemikiran dan falsafah, iltizam dan sumbangan Tokoh Anumerta ini.

Anugerah Harapan

Anugerah Harapan diberikan kepada penulis di bawah usia 40 tahun yang menampakkan potensi dalam bidang persuratan sama ada:
  1. Menjadi teraju utama kepada usaha-usaha menggerakkan bidang persuratan; baik cerpen, sajak, novel, drama, karya bukan sastera dan sebagainya;
  2. Menggunakan masa untuk berkongsi ilmu dan kemahirannya dalam bidang persuratan kepada golongan muda atau pelajar; dan
  3. Menghasilkan karya yang memberikan isi dan nilai tambah dalam penulisan kreatif dan nonkreatif sama ada dalam bentuk media bercetak atau elektronik untuk memajukan pemikiran masyarakat.

Hadiah Persuratan 

Hadiah sastera diberikan kepada penulis dalam pelbagai genre seperti novel, cerpen dan puisi sebagai pengiktirafan atas keunggulan sastera mereka untuk karya mereka.
  1. Novel – Buku novel yang diterbitkan dalam tahun penilaian.
  2. Kumpulan/Antologi – Kumpulan’ bererti koleksi penulis perseorangan. ‘Antologi’ pula ialah koleksi karya bersama penulis yang lain. Sama ada kumpulan atau antologi, buku berkenaan hendaklah mengandungi tidak lebih daripada dua pertiga karya-karya yang telah disiarkan dalam tempoh lima tahun (termasuk karya-karya yang diterbitkan dalam tahun penilaian). Buku tersebut juga masih boleh dinilai jika dimuatkan dengan karya-karya yang pernah memenangi Hadiah Sastera atau Hadiah Penghargaan yang lalu tetapi tidak boleh melebihi 10% daripada kandungan keseluruhan buku tersebut.
  3. Kajian – Buku kajian sastera atau kajian bukan sastera yang dikerjakan secara perseorangan atau kolektif yang diterbitkan dalam tahun penilaian.
  4. Sastera kanak-kanak merupakan kategori baru yang diperkenalkan pada tahun 2017.
  5. Teater (untuk Pentas) – Skrip drama pentas, sama ada satu skrip atau kumpulan skrip, yang telah diterbitkan dalam tahun penilaian.

Penghantaran Karya untuk Hadiah Persuratan

Penghantaran karya untuk dinilai bagi AP2020 sudah bermula. Anda boleh merujuk kepada Soalan Kerap Ditanya di sini.

Untuk menghantar karya anda melalui borang pernyertaan dalam talian, sila lungsuri lelaman ini.

Pencalonan untuk Anugerah Tun Seri Lanang, Anumerta Tun Seri Lanang dan Anugerah Harapan

AP2020 mengalu-alukan pencalonan untuk Anugerah Tun Seri Lanang, Anumerta Tun Seri Lanang dan Anugerah Harapan. Untuk menghantar pencalonan anda melalui borang dalam talian, sila lunsuri lelaman ini.

Tarikh Tutup Pertanyaan/Pencalonan

Tarikh tutup penyertaan karya dalam talian serta pencalonan ialah Khamis, 12 November 2020, jam 6 petang.Sekiranya anda memerlukan bantuan atau ada pertanyaan lain, sila e-mel Saudari Shafienas ([email protected] ) atau Saudari Elly ([email protected]), atau hubungi Saudari Shafienas di talian 63425125.

 

Dianjurkan Oleh:
Majlis Bahasa Melayu Singapura
Diuruskan Oleh:
Singapore Book Council
Disokong Oleh:
National Arts CouncilNational Heritage BoardMinistry of Culture, Community and Youth