Hadiah Sastera Singapura

Pertandingan dwitahunan ini dibuka kepada warganegara dan penduduk tetap Singapura yang mana karya fiksyen, puisi, dan bukan fiksyen kreatif mereka telah diterbitkan di Singapura atau di luar negeri dalam tempoh yang ditetapkan, dalam sebarang daripada empat bahasa rasmi Singapura – Bahasa Cina, Inggeris, Melayu, atau Tamil. 

Pernyertaan untuk SLP 2020 telah ditutup. Penulis karya yang disenarai pendek akan dimaklumkan pada bulan Julai.

华文           English           தமிழ்

Hadiah Sastera Singapura

Dimulakan pada 1992, Hadiah Sastera Singapura (Singapore Literature Prize, SLP) ialah hadiah sastera yang unggul di Singapura dengan lebih daripada 80 pemenang. Hadiah ini sebuah pertandingan dwitahunan dan dibuka kepada warganegara dan penduduk tetap Singapura yang mana karya fiksyen, puisi, dan bukan fiksyen kreatif mereka telah diterbitkan di Singapura atau di luar negeri dalam tempoh yang ditetapkan. Karya mereka boleh diterbitkan dalam sebarang bahasa rasmi Singapura iaitu Bahasa Cina, Inggeris, Melayu, atau Tamil.

Hadiah tertinggi bernilai S$10,000 dianugerahkan kepada pemenang dalam setiap kategori. Pemenang juga akan menerima sebuah piala ditempah khas.

MATLAMAT

KATEGORI

SYARAT DAN PERATURAN

PENYertaan

Pemenang lalu dan senarai pendek lalu

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

MATLAMAT

BALIK KE ATAS

 

KATEGORI

(1) Anugerah ini dibuka kepada sebarang karya fiksyen, puisi dan bukan fiksyen kreatif yang dicipta oleh warganegara atau penduduk tetap Singapura. Karya ini mesti telah diterbitkan dalam bentuk buku fizikal di Singapura atau di luar negeri antara 1 Januari 2018 dan 31 Disember 2019.

(2) Karya-karya yang ditujukan kepada kanak-kanak dan remaja harus dihantar kepada Anugerah Buku Kanak-kanak Hedwig Anuar (Hedwig Anuar Children’s Book Award), dan bukan SLP.

(3) Terdapat 12 kategori kesemuanya

BALIK KE ATAS

 

SYARAT DAN PERATURAN

(1) Pertandingan ini dibuka kepada semua warganegara dan penduduk tetap Singapura yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada 31 Disember 2018.

(2) Setiap penyertaan mestilah sebuah karya asli.

(3) Karya mesti diterbitkan antara 1 Januari 2018 dan 31 Disember 2019.

(4) Antologi cerpen, puisi, atau esei oleh sekumpulan penulis tidak layak untuk anugerah ini.

(5) Hanya karya yang telah diterbitkan akan diterima. Untuk layak, karya mesti diterbitkan dalam bentuk buku fizikal dan boleh diperoleh untuk edaran komersial umum. Buat masa ini, e-buku dan buku audio tidak akan dipertimbangkan untuk anugerah ini.

(6) Kumpulan cerpen, puisi, atau esei yang telah diterbitkan dalam akhbar atau majalah, atau dalam talian layak untuk penyertaan, selagi buku itu diterbitkan dalam tempoh yang telah ditetapkan (sila lihat poin 4c).

(7) Cetakan semula, edisi kemas kini dan terbitan ulangan dari tahun-tahun lalu tidak layak dipertandingkan.

(8) Karya yang pernah memenangi SLP dan telah diterjemahkan dari satu bahasa rasmi ke bahasa rasmi yang lain layak dipertandingkan dalam SLP 2020, selagi karya itu telah diterbitkan dalam tempoh yang ditetapkan.

SYARAT DAN PERATURAN SLP 2020

SOALAN KERAP DITANYA

BALIK KE ATAS

 

PENyertaan

Setiap penyertaan mesti disertakan dengan empat (4) naskhah fizikal buku. Naskhah-naskhah tersebut mesti diterima oleh Majlis Buku pada tarikh dan waktu penutup yang ditetapkan. Penghantaran lewat tidak akan diterima.

 

Bagi penyertaan dalam talian:

Pemohon akan menerima e-mel pengesahan setelah menghantar borang penyertaan dalam talian. Sila cetak e-mel pengesahan dan serahkan ia bersama keempat-empat (4) naskhah fizikal buku itu.

 

Bagi penyertaan luar talian:

Pemohon perlu muat turun borang penyertaan rasmi dan serahkan ia bersama pemacu pena USB / pemacu kilat mengandungi salinan lembut berikut dalam formatnya yang tertentu:

  1. Borang penyertaan yang lengkap diisi (dalam format PDF atau DOC);
  2. Biografi ringkas penulis (dalam format PDF atau DOC; 100 perkataan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris);
  3. Gambar penulis (dalam format JPG; sekurang-kurangnya 300dpi pada 1MB, dan seeloknya hanya memaparkan penulis berlatar belakang putih atau neutral, tanpa memegang apa-apa);
  4. Satu salinan kulit buku (dalam format JPG atau PDF; sekurang-kurangnya 300dpi pada 1MB); dan,
  5. Deskripsi ringkas atau blurb buku (dalam format PDF atau DOC; 150 perkataan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris).
  6. Bagi penyertaan terjemahan, biografi ringkas penterjemah (dalam format PDF atau DOC; 100 perkataan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) dan gambar penterjemah (dalam format JPG; sekurang-kurangnya 300dpi pada 1MB, dan seeloknya hanya memaparkan penterjemah berlatar belakang putih atau neutral, tanpa memegang apa-apa).

Setiap penyertaan mesti disertakan dengan empat (4) naskhah fizikal buku. Penyertaan yang tidak disertakan dengan naskhah fizikal buku atau sebarang kelayakan yang telah dinyatakan, akan dianggap sebagai tidak lengkap dan akan disingkirkan daripada penilaian.

Semua penyertaan mesti dihantar melalui pos berdaftar atau diserahkan dengan tangan sebelum 31 Januari 2020, 5.00 petang kepada:

Singapore Book Council
Goodman Arts Centre Blk E #03-32
90 Goodman Road Singapore 439053
ATTN: SLP 2020

Untuk pertanyaan, sila e-mel kepada [email protected].

------------------------------------------

Pemenang lalu dan senarai pendek lalu

BALIK KE ATAS

Downloads

Malay_SLP2020_Entry Form (6) (182KB pdf)
Malay_SLP2020_Rules (6) (123KB pdf)
Malay_SLP2020_FAQ (6) (128KB pdf)