Senarai Pendek bagi Bukan fiksyen kreatif

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila tekan klik pada buku

The Philosophy of Singapore Malay Creative Writing Process

Falsafah Pengkaryaan Melayu Singapura
Mohamed Pitchay Gani Mohamed Abdul Aziz

The Philosophy of Singapore Malay Creative Writing Process
The Malay Heritage Foundation Ltd
2019
Vote for this book Visit Official Bookstore

Falsafah Pengkaryaan Melayu Singapura

Kebanyakan buku, bahan rujukan dan kajian mengenai masyarakat Melayu Singapura yang terdapat pada masa kini, biasanya ditulis dari sudut pandang “orang luar” yang cuba melihat ke dalam. Buku ini mengisi keperluan merakamkan keadaan dan nunsa sosial, psikologi, dan sejarah masyarakat Melayu dari kaca mata Melayu sendiri melalui karya sastera yang dihasilkan. Pengisian buku ini menyedarkan pembaca akan keperluan untuk menilai semula norma penulisan dan mengenali proses pemikiran para sasterawan agung zaman pasca-perpisahan. Ia juga berkongsi keadaan yang membentuk nilai dan harapan penulis dalam menghasilkan karya-karya berharga yang meningkatkan keintelektualan Melayu. Setiap bab membawa pembaca lebih dekat kepada memahami falsafah sastera Melayu dalam mana pegangan penulis disulam dengan budaya dan agama dalam usaha memastikan adanya keseimbangan dan ruang untuk protes, kelantangan suara, dan idealisme tanpa menjejas keindahan seni penulisan Melayu.

The Philosophy of Singapore Malay Creative Writing Process

Existing books and research papers on the Malay community in Singapore are often written from the outside looking in. This book fills the gap with an insider’s perspective on the Malay social, psychological, and historical state and nuances through the creative works of Malay literature. It pushes readers to reevaluate norms in writing and become acquainted with the thought processes of great post-independent laureates, and it shares the circumstances that shaped the writers’ values and ideals, producing works that elevate Malay intellectuality.

Mohamed Pitchay Gani Mohamed Abdul Aziz

Pengarang
Mohamed Pitchay Gani Mohamed Abdul Aziz

Dr Mohamed Pitchay Gani Mohamed Abdul Aziz dilahirkan dan dibesarkan di Penempatan Melayu Singapura. Beliau merupakan seorang pendidik dan ahli bahasa. Beliau banyak terlibat dalam senario persuratan Singapura dan kerap menjalankan usaha pendokumentasian terhadap karya-karya persuratan dan biografi sasterawan agung Singapura serta sastera Singapura. Karya-karya kreatifnya melewati batasan konvensi masyarakat Melayu.  Cerpennya “Mrs George Nelson Berton”, novel Seking and puisi “Garis-garis di wajah” merupakan contoh-contoh naratif yang digunakan dalam usaha menjelaskan isu-isu yang menyelubungi bangsa Melayu pasca-kolonial.

Author
Mohamed Pitchay Gani Mohamed Abdul Aziz

Dr Mohamed Pitchay Gani Mohamed Abdul Aziz grew up in Singapore’s Malay Settlement. He is an educator and a linguist. He is deeply involved in the Malay literary scene and has documented literary works and biographies on established Malay laureates and Singapore literature. His works stretch the limits of ethnic boundaries among Malays. His short fiction “Mrs George Nelson Berton,” novel Seking, and poem “Garis-garis di wajah,” all use narrative to come to terms with issues surrounding post-colonial Malays.

Sharpening of Words: Building Literary Criticism in Singapore (Vol 1)

Mengasah Kalam: Membina Kritikan Sastera di Singapura (Jilid 1)
Suratman Markasan

Sharpening of Words: Building Literary Criticism in Singapore (Vol 1)
Unggun Creative
2019
Vote for this book Buy This Book!

Mengasah Kalam: Membina Kritikan Sastera di Singapura (Jilid 1)

Isi kumpulan “Mengasah Kalam” adalah mengenai tiga esei yang saya tulis mengenai kritikan sastera Melayu Singapura. Pertama adalah mengenai situasi kritik sastera yang tandus sekitaran antara tahun 1950 hingga tahun 1981. Kemudian bahagian keduanya adalah mengenai tulisan cerpen dan puisi yang ditulis oleh penulis-penulis sekitaran antara tahun 1985-an, yang hanya menyentuh tentang hal-hal remeh saja, yang tidak menyentuh tentang benar-benar keadaan masyarakat Melayu ketika itu. Sedang bahagian ketiga, adalah hasil tulisan-tulisan cerpen yang ditulis sekitaran tahun 2018 yang masih lemah tidak menampakkan kekuatannya. Sedang tiga esei lagi adalah mengenai perkembangan Bahasa Melayu dan kebudayaan Melayu dewasa ini.

Sharpening of Words: Building Literary Criticism in Singapore (Vol 1)

The contents of  the “Mengasah Kalam” (Sharpening of Words) collection is about three essays that I wrote about Malay literary criticism in Singapore. The first is about the situation regarding literary criticism that lay barren between the years 1950 to 1981. Then the second part is about the writing of short stories and poems that were written by writers in the years between 1985, which only touches on trivialities, they do not touch on the real situation of the Malay community of the time. Whereas in the third part, there are short stories that were written around 2018 that are still weak and with no apparent strengths. Three more essays are about the development of the Malay language and the Malay community of recent times.

Suratman Markasan

Pengarang
Suratman Markasan

Suratman Markasan berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pengajian Melayu & Tamil di Kementerian Pendidikan Singapura. Dia juga seorang anggota ASAS’50 sejak 1954, seorang hakim untuk Anugerah Sastera ASEAN Pertama pada tahun 1977, dan dilantik sebagai ahli jawatankuasa untuk Kongres Penyair Sedunia pada tahun 1989. Antara anugerah yang diperolehinya ialah Anugerah Penulis Asia Tenggara, Anugerah Sastera Montblanc-NUS Centre for Arts, Anugerah Sasterawan Nusantara, Anugerah Tun Seri Lanang, Anugerah Pingat Budaya Singapura dan Anugerah Sastera MASTERA.

Author
Suratman Markasan

Suratman Markasan was the Assistant Director for Malay and Tamil Studies and a lecturer at the Institute of Education. He has been a member of ASAS ’50 since 1954, a judge for the ASEAN Literary Award in 1977, and was elected as a committee member of the World Congress of Poets in 1989. He has received the S.E.A. Write Award, Nusantara Literary Award, and Tun Seri Lanang Literary Award, the Anugerah Sasterawan Nusantara, the Cultural Medallion, among others.