Senarai Pendek bagi Puisi

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila tekan klik pada buku

Unique Steps

Langkah-Langkah Langka
Mohd Khair Mohd Yasin

Unique Steps
Unggun Creative
2019
Vote for this book Buy This Book!

Langkah-Langkah Langka

Langkah-Langkah Langka adalah kumpulan puisi oleh seniman Mohd Khair Mohd Yasin yang mengandungi 52 sajak yang dihasilkan menerusi renungan di bawah tahap kesedaran dan pengalaman melahirkan karya-karyanya secara spontan.

Projek ini merupakan penerokaan beliau di atas landasan gaya penulisan yang memaparkan ciri-ciri jati dirinya yang tersendiri. Penekanan penyair adalah penglahiran sajak-sajak menerusi pendalaman pemikiran di atas pantolan inspirasi dan firasat yang perlu sering dilawati untuk memungkinkan penyusunan kata-kata yang unik dan memiliki kompleksiti tafsiran makna yang mendalam. Sajak-sajak yang dihasilkan di dalam kumpulan ini adalah bukti cara pembentangan idea yang langsung, tahap jiwa yang paling dalam di lautan perasaan dan pemikiran.

Unique Steps

Langkah-Langkah Langka, or Unique Steps, is a compilation of poems consisting of 52 works cultivated and delivered through the spontaneity of the subconscious. This project is an exploration of a writing technique that projects the author’s unique individual style, emphasising delivery from the depth of the mind and instantaneous feelings. This book is evidence of non-sequential thinking and feelings from the deepest oceans of emotion and intellect.

Mohd Khair Mohd Yasin

Pengarang
Mohd Khair Mohd Yasin

Mohd Khair Mohd Yasin (Khayas) adalah pemenang dua Anugerah Compass pada tahun 1995 dan 1996. Beliau merupakan salah seorang anggota kumpulan Rausyanfikir. Khayas menerbitkan album solonya yang pertama pada tahun 1998 dengan judul album Panji Anak Minoriti. Sejauh ini, Khayas sudah melahirkan tujuh buku yang merupakan antara lain teknik-teknik menulis seni kata lagu, puisi berirama, kumpulan puisi dan juga kumpulan mutiara kata beliau. Khayas juga mengendalikan bengkel-bengkel puisi, seni kata lagu dan syair di institut-institut pendidikan di seluruh Singapura. Beliau juga merupakan anggota paling awal Compass dan Perkamus. Selain itu, Khayas seringkali menyumbang cerpen dan artikel ke Berita Harian.

Author
Mohd Khair Mohd Yasin

Mohd Khair Mohd Yasin (Khayas) is the winner of two Compass Awards. He is a part of the pop-folk group Rausyanfikir, and released his first solo album Panji Anak Minoriti in 1998. He has published seven guide books for lyric writing, poetry, and songwriting in Malay. He is a creative writing mentor working with schools in Singapore, and has written songs for regional acts. He is a member of COMPASS and Perkamus and has contributed numerous articles to Berita Harian.

Searching and Discovery

Pencarian dan Penemuan
Suratman Markasan

Pencarian dan Penemuan

Pada umumnya isi kumpulan puisi “Pencarian dan Penemuan” adalah tentang kehidupan saja selepas kematian isteri saja; Saerah Taris. Selepas selama kira-kira hampir sepuluh tahun, Allah jang masih sajang dan mengasihi hambanja, lalu didatangkan seorang isteri bernama Halimah Madon mendampingi saja dan kemudian kami dikurniai seorang anakanda lelaki jang kami namai Muhammad Hidajat Suratman sebagai penjambung kehidupan kami sehingga hari ini. Bahagian permulaan isinja adalah merupakan ‘pencarian’ kami mengenai kebahagian dan bahagian akhirnja adalah ‘penemuan’ jang kami jalani mengenai berbagai kehidupan kami di dunia ini.

Searching and Discovery

In general, the contents of the poetry collection “Pencarian dan Penemuan” (Searching and Discovery) is about my life after the death of my wife, Saerah Taris. After about almost ten years, Allah still loves and cares for his servant, and He facilitated the arrival of another wife named Halimah Madon to escort me and we were blessed with a son that we named Muhammad Hidayat Suratman as the legacy of our life up until today. The first part of its contents are about  our ‘search’ for happiness and the last part is about the ‘discovery’ that we went through with regards to our lives here on earth.

Suratman Markasan

Pengarang
Suratman Markasan

Suratman Markasan berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pengajian Melayu & Tamil di Kementerian Pendidikan Singapura. Dia juga seorang anggota ASAS’50 sejak 1954, seorang hakim untuk Anugerah Sastera ASEAN Pertama pada tahun 1977, dan dilantik sebagai ahli jawatankuasa untuk Kongres Penyair Sedunia pada tahun 1989. Antara anugerah yang diperolehinya ialah Anugerah Penulis Asia Tenggara, Anugerah Sastera Montblanc-NUS Centre for Arts, Anugerah Sasterawan Nusantara, Anugerah Tun Seri Lanang, Anugerah Pingat Budaya Singapura dan Anugerah Sastera MASTERA.

Author
Suratman Markasan

Suratman Markasan was the Assistant Director for Malay and Tamil Studies and a lecturer at the Institute of Education. He has been a member of ASAS ’50 since 1954, a judge for the ASEAN Literary Award in 1977, and was elected as a committee member of the World Congress of Poets in 1989. He has received the S.E.A. Write Award, Nusantara Literary Award, and Tun Seri Lanang Literary Award, the Anugerah Sasterawan Nusantara, the Cultural Medallion, among others.

Appealing to the Rain

Rayuan pada Hujan
Maarof Salleh

Appealing to the Rain
Unggun Creative
2019
Vote for this book Buy This Book!

Rayuan pada Hujan

Kumpulan 100 sajak, Rayuan Pada Hujan, mengetengahkan tema yang merangkumi pemerhatian, pengalaman dan persepsi penulisnya sebagai aktivis yang lama berkecimpung dalam kegiatan kemasyarakatan, terhadap alam dan kehidupan masyarakat.

Menerusi sajak-sajaknya, penulis bercakap mengenai pengalamannya dan berkongsi dengan pembaca hal dan peristiwa berkaitan dengan kepelbagaian watak manusia yang ditemui, suasana kehidupan yang ditempuh, keinginan dan aspirasi yang dikejar serta harapan-harapan yang mahu sama disempurnakan. Turut dirakam perjalanan luas yang dialami dalam dunia pekerjaannya yang menemukannya  dengan kepelbagaian kerenah manusia yang dapat diambil iktibar daripadanya. Perjalanan tersebut turut membolehkannya imbas kembali sejarah tempat-tempat yang disinggah.

Di samping menimbulkan keprihatinan penulis, sajak-sajak itu juga menyentuh sikap golongan kepimpinan dan nasib bangsa dalam hal berkaitan membangun kesejahteraan bersama.  

Appealing to the Rain

Rayuan Pada Hujan is a collection of 100 poems portraying the writer’s observations as a social activist. The writer speaks of various characters, living environments, and the aspirations people express. The poems record his wide travels, reflecting on the rich history of the places he visited, and express his commitment to supporting fellow poets, while commenting on the common welfare and development of the community. Focusing on hujan (rain), Rayuan Pada Hujan points the way to greater sensitivity and thoughtfulness.

Maarof Salleh

Pengarang
Maarof Salleh

Maarof Salleh, seorang pesara, aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan pernah berkecimpung dalam banyak kegiatan kemasyarakatan termasuk di peringkat kepimpinan. Bermula sebagai guru, dia dipinjamkan ke MUIS (1995-2003) untuk berkhidmat sepenuh masa memimpin badan itu. Selepas bersara, Maarof berkhidmat sementara sebagai Zamil Kanan Penyelidikan di ISEAS, Zamil (Penulis Tamu) di Jabatan Pengajian Melayu NUS dan tenaga pengajar di NIE/NTU dan Universiti SIM.
Maarof mulanya menulis esei mengenai Islam dan masyarakat Islam kontemporer yang banyak diterbitkan di akhbar tempatan. Penulisan kreatif terutama puisi dan cerpen bermula terkemudian. Karyanya pernah menang beberapa hadiah persuratan termasuk Anugerah Pena Emas, 2013. Rayuan Pada Hujan bukunya yang  ke-9 diterbitkan. 

Author
Maarof Salleh

Maarof Salleh is involved in community work. When he was a teacher, he was seconded to be head of MUIS (1995-2003). After retiring, he was Senior Visiting Research Fellow with ISEAS, Guest Writer in the Malay Studies Department, NUS, and lecturer at NIE/NTU and UniSIM. Maarof began writing about contemporary Islam for local media, then poetry and short stories. He has won the Golden Point Award for his short fiction. Rayuan Pada Hujan is his 9th book.

Dream Shoes

Sepatu Mimpi
Samsudin Said

Dream Shoes
Ombak Script House Production
2019
Vote for this book Buy this book!

Sepatu Mimpi

Sepatu Mimpi diukir dalam bentuk “simplistik” yang menggagumkan, menggunakan diksi, imejan, perlambangan dan bahasa perbualan. Alur fikir dan gagasannya mudah diserap melalui gaya pengucapan bersahaja. Membaca Sepatu Mimpi persis menikmati ungkapan perasaan dan pemikiran watak-watak yang dilamun cinta. Cinta terhadap ibu-bapa, Tuhan, manusia, ilmu sains, warisan pusaka, pengembaraan, introspeksi diri, dan sejarah bangsa adalah antara rangkuman ungkapan rasa cinta penyair yang mengalir tenang dan lancar pada alur dan keluk setiap untaian kata serta larik-larik puisi yang digubah dalam kumpulan ini.

Dream Shoes

Dream Shoes is carved in a unique, impressive, “simplistic” form that uses diction, imagery, symbolism, and conversational language. The ideas are easily grasped and can be absorbed through a simple approach. Reading Dream Shoes is like enjoying the poetic expressions and thoughts of characters in love. Love for parents, God, people, science, inheritance, will, adventure, self-introspection, and national history are among the most compelling expressions of poetic love that flow smoothly through every word and line in this collection.

Samsudin Said

Pengarang
Samsudin Said

Samsudin Said merupakan Penasihat di Perkumpulan Seni (PS), sebuah pertubuhan budaya yang berdaftar di Singapura. Beliau juga merupakan Timbalan Ketua Angkatan Sasterawan 50 (ASAS'50).

Beliau memenangi Hadiah Sastera dalam bidang radio, siri Drama Terbaik dan Drama Paling Popular di Anugerah PESTA PERDANA anjuran stesen penyiaran Suria, MediaCorp. Beliau juga telah memenangi empat Anugerah Pena Emas, Hadiah Sastera Singapura dan juga Anugerah Persuratan.

Beliau juga menghasilkan penerbitan buku skrip drama tv, pentas, bangsawan dan antologi puisi di Singapura dan juga di luar negara.

Author
Samsudin Said

Samsudin Said is an advisor for Perkumpulan Seni, a registered cultural organisation in Singapore, and the Vice President of Malay literary association ASAS’50. He has won the Literary Award for his radio drama script, Best TV Serial Drama and The Most Popular Programme in PESTA PERDANA, and the SURIA TV AWARD, along with four Golden Point Awards and the Singapore Literature Prize. His TV drama scripts, stage plays, bangsawan (Malay Opera), and poetry have been published in Singapore and overseas.